Aku cuba untuk merajinkan diri mengemaskini entri dalam blog ni sementara aku masih boleh aktif berblog kan..lepas ni kalau dah mula sibuk,haa..dah tak sempat lagi aku nak membebel dan merapu dalam blog nih..sebab pe??sebab aku banyak keje la nak kena selesaikan..kalah PM ooo.....al maklumlah pembantu CEO (bhahaha..CEO tak bertauliah betul... ;p)
okey..jom mulakan..bismillahirrahmanirrahim....
Fadhilat dan khasiat Surah al-Fatihah amat banyak,kerana ia disebut "Ummul Kitab" (Kitab Induk) dan "Ummul Quran" (Induk al-Quran).Ia juga menjadi bacaan wajib setiap memulakan solat sama ada solat fardhu mahupun solat sunat.Di antara kebesaran dan khasiat Surah al-Fatihah adalah sebagai berikut :
1)Dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya,nescaya permintaaan diperkenankan,jika sakit cepat sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
2)Menambah rezeki
Barang siapa membaca 20 kali sesuadah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadannya,serta bercahaya rohaninya..
Jom aku nak jelaskan maksud yang terkandung dalam surah al-Fatihah..aku yakin,ada yang baca al-Fatihah tapi tak tahu apa maknanya..main hentam baca je...ikut suka suki..so..kalau nak lebih khusyuk,korang kena faham maksud ayat yang dibaca ..baru rasa rendah je diri..ni tak..baca dengan suara yang lantang..bangga ja bunyinya tapi faham ke idak..tak tau..so,kena titikberatkan hal ni ok..
Maksud surah al-Fatihah :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Yang Menguasai Hari Pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus (isitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat ke atas mereka;bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan buka (pula jalan) mereka yang sesat."
(Surah al-Fatihah :ayat 1-7)
faham makna nye tuh??kalau faham baguslah...ok la..setakat ni je dulu entri aku nak kongsikan..aku nak kongsi dengan korang fadhilat surah al-Fatihah ni...okey..jumpa dalam entri seterusnya...assalamualaikum..
Wallahualam..
Bicara Ikhlas :
TOK ONE
1 comment:
perk0ngsian yg menarik..
tr0skan istiqamah dlm mengejar redha Nya..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Post a Comment