Neraka Lapar Mangsa



Firman Allah s.w.t, “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu.” (al-Baqarah 2:24)
Demikianlah firman Allah s.w.t member pengkhabaran mengenai neraka agar manusia meninggalkan amalan dan sikap yang mengundang kemurkaan-Nya.

Apakah sifat neraka?
Neraka itu api.Api sifatnya membakar sebagaimana api yang kita ambil manfaatnya di dunia.Nisbah kepanasan api di dunia sangat kecil iaitu 1/70 kali berbanding nisbah kepanasan api neraka di akhirat.dengan jumlah kepanasan api yang terlalu kecil itulah kita manfaatkannya untuk memasak,menjadikan cahaya dan memanaskan tubuh badan.Tetapi kalau kepanasan api itu berskala besar,pasti ia akan membawa bahasaya dan petaka yang memusnahkan.
Firman Allah s.w.t: “Tidakkah engkau melihat api yang kamu nyalakan,kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan kegunaan bagi manusia.” (Al-Waqi’ah 56:71-73)

Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimah ‘peringatan’ ini dengan berkata: “Maknanya,api dunia ini sebagai peringatan bagai api akhirat yang paling besar.”
Imam al-Zamakhsyari,dalam Tafsir al-Kasyaf,mengungkapkan kata-kata yang sangat indah, “Allah menggantungkan sebab-sebab kehidupan dengan api ,juga membuat seluruh manusia memerlukannya,agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Allah s.w.t”.

Ancaman api neraka itu untuk siapa?
Jawapannya:Kepada orang yang suka bermain dengan dosa.dosa-dosa kecil jangan dipandang remeh kerana apabila terhimpun ia menjadi banyak dan boleh membawa kepada dosa besar.Kesannya boleh menjerumuskan diri ke neraka.
Lihatlah api yang terhasil daripada gunung berapi,asalnya letusan dan asap kecil di dalam bumi tetapi membuak apabila kepanasan api meledak sehingga memusnahkan makhluk di sekelilingnya.

Di dunia ini apakah benda yang lebih panas?
Jawapannya: Matahari,bebola api yang menyala-nyala di bawah langit dunia.Ia memiliki kepanasan yang mencapai kira-kira 6,000 °C,sementara suhu di pusatnya anggaran 15,000,000 °C.Setiap batuan atau logam apa pun yang mendekati matahari pasti lebur.Itupun kepanasan matahari telah Allah sejukkan bersesuaian dengan suhu dunia berbanding kepamasam di neraka.

Bayangkanlah betapa dashyatnya suhu panas api neraka,70 kali ganda berbanding kepanasan di dunia ini.Manusia yang diseksa di dalam api neraka akan hancur serta akan melecur dan hangus serta seluruh daging-daging.Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka,Allah gantikan dengan kulit yang baru agar mereka terus merasai azab selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanya sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam”.
Sahabat Baginda berkata: “Demi Allah!Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa.” Baginda bersabda: “Meskipun demikian,kepanasan Neraka Jahanam ditambah lagi melebihi kepanasan api di dunia sebanyak 69 bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini.”(Riwayat Bukhari,Muslim dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Siapakah yang mampu bertahan dengan kepanasan neraka?
Jawapannya:Tiada seorang pun yang mampu melawan kepanasan ciptaan Allah ini.Sebab itulah Allah s.w.t memerintahkan kita supaya memelihara diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka dengan bersungguh-seungguh menghayati iman dan Islam di dalam kehidupan agar tidak menjadi bahan bakaran api neraka.

Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman,jagalah diri kalian dan keluarga kalian daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,yang keras,yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim 66:6)

Apakah bahan bakar api neraka?
Jawapan:Bahan bakar neraka terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
1)      Berhala yang disembah
Berhala yang diperbuat daripada batu dan seumpamanya.Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah,kamu pasti masuk ke dalamnya.” (Al-Anbiya’ 21:98)

Setiap ahli neraka daripada kalangan manusia atau pun jin dihumbankan ke neraka,apinya menjadi semakin galak membesar.Gemuruh suara azab neraka semakin mengerikan.Api batu berhala yang sudah sangat panas itu menjadi semakin panas.Belum pernah terbayang atau terdetik sedikitpun di hati manusia mengenai dashyat dan panasnya api neraka itu.

2)      Batu asli neraka
Batu yang memang disediakan khusus untuk menjadi bahan bakar neraka.
Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas mengatakan, “Batu itu daripada jenis belerang.Allah menciptakannya sebelum penciptaan langit dan bumi.Lalu meletakkan di langit dunia,yang disediakan untuk orang kafir.”

Mengapa belerang?
Jawapannya:Panas belerang melebihi kepanasan batu lain sebagaimana yang dikatakan oleh kebanyakan ahli tafsir.Ibnu Rajab dalam kitabnya At-Takhwif Minan Nar mengatakan “Kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahawa batu daripada jenis belerang memiliki 5 kali ganda kelebihan iaitu cepat menyala,bau yang sangat menusuk,pekat asapnya,sangat lekat di badan jika terkena pada badan dan kekuatan kepanasannya yang luar biasa.”

Setiap kali ditanya Allah apakah ia sudah penuh?Apakah jawapan neraka?
Jawapannya:Firman Allah s.w.t: “Apakah ada tambahan?” (Qaf 50:30).
Tahukah kita bahawa menyeksa orang yang derhaka,menghanguskan mereka yang berani engkar kepada pencipta-Nya adalah kesukaan neraka.Sama-samalah kita berdoa memohon kepada Allah s.w.t supaya kita dan ahli keluarga dijauhkan dari neraka.

Aku berkata: Sungguh bergetar jiwa saat aku membaca dan menaip artikel ini..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox
:: PENAFIAN ::
Assalamualaikum..salam kepada para pembaca..Segala yang tercatat dalam blog ini tiada kena mengena dengan insan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan mana-mana isi kandungan daripada blog ini kerana ianya di luar bidang kuasa penulis.Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau kritikan yang berunsur negatif jika pengomen salah memahami isi kandungan blog ini.Apa-apa yang tercatat dalam blog ini mungkin bersifat sementara dan tidak kekal maknanya boleh berubah bila-bila masa saja.Segalanya cuma pandangan penulis dan bersifat sementara !