Sahabat mulia ini jika ditelusuri saat-saat terakhir kewafatannya,akan terlihat kejernihan hati beliau untuk rindu bertemu kekasihnya Muhammad Rasulullah yang akan membawanya menemui Allah,Kekasih Yang Maha Agung.Sebuah perpindahan yang amat dinanti.
Bait Syair.
Aisyah r.a. telah meriwayatkan detik-detik terakhir saat ayahnya berasa sakit,spontan terbit dari syair bibirnya,
Sungguh kekayaan tidak memberikan apa pun bagi seseorang
Apabila nafas kematian sudah terdengar
Dan dada menyempit
Aku Bakar lalu berkata,
“Bukan itu wahai anakku akan tetapi bacalah firman Allah, “Dan datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya.Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.” (Al-Qaaf 50:19)
Kemudian beliau berkata,
“Lihatlah pada pakaianku ini dan cucilah ia lalu kafanilah aku dengannya.Sesungguhnya orang yang masih hidup lebih berhajat pada yang baru daripada orang yang telah mati.Beliau mewasiatkan agar dikuburkan di samping kuburan Rasulullah s.a.w.”
Kewafatan Rasulullah
Sempat lagi Sayidina Abu Bakar bertanyakan perihal hari kewafatan Rasulullah kerana berhajat agar beliau wafat pada hari yang sama iaitu Isnin.Akhirnya beliau wafat pada hari Selasa.Lalu disemadikan mengikut keinginannya dalam keadaan kepalanya diselarikan dengan belakang Rasulullah s.a.w dan menempelkan lahadnya dengan makam Rasulullah s.a.w.Seolah gambaran keinginannya mengungkapkan kata-kata , “Aku ingin terus bersamamu,Ya Habiballah.”
Nekad Sayidina Abu Bakar as-Siddiq tetap mahu bersama Rasulullah saat mengetahui keputusan untuk berhijrah merupakan nekad kekasih yang setia,jujur dan tidak pernah membantah ajakan,bahkan sentiasa bersedia.
Kerisauan sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap kekasih beliau daripada ancaman musuh di setiap penjuru membuatkan Abu Bakar berkejaran ke hadapan dan ke belakang memacu kudanya mengawal perjalanan Nabi Muhammad s.a.w di tengah padang pasir ketika meniti perjalanan hijrah bersama Baginda s.a.w..
Air Mata Sayidina Abu Bakar
Air mata Abu Bakar pernah menitis menahan sengatan binatang berbisa tatkala melindungi kekasihnya Sayidina Muhammad s.a.w ketika bersembunyi di Gua Thur.
Apalagi yang boleh menggembirakan dari sebutan ar-Rahman mengiktiraf bahawa dia merupakan kekasih yang benar (As-Siddiq) dalam firman-Nya, “Kalau kamu tidak menolong Muhammad maka sesungguhnya Allah telah menolongnya iaitu ketika kaum kafir mengeluarkannya dari negerinya Makkah sedang ia salah seorang daripada 2 orang semasa mereka berlindung di dalam gua,ketika ia berkata kepada sahabatnya: ‘Janganlah engkau berdukacita,sesungguhnya Allah bersama kita.’ Maka Allah turunkan ketenangan kepada Nabi Muhammad dan menguatkannya dengan bantuan tentera malaikat yang kamu tidak melihatnya.Dan Allah menjadikan seruan orang kafir terkebawah,dan kalimah Allah tertinggi;dan Allah Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana.”
(At-Taubah 9:40)
Juga disebut : “Seandainya keimanan Abu Bakar ditimbang dengan keimanan seluruh umat ini maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Subhanallah,begitu setianya Sayidina Abu Bakar kepada Rasulullah sehingga saat kematiannya hampir,dia masih mengingati Rasulullah.Bagaimana dengan kita?Adakah ketika kita susah atau senang,kita akan mengingati Allah dan Rasulullah?Bagi pandangan aku,waktu susah ja baru nak ingat Allah,waktu senang,lupa balik..dan begitulah seterusnya selagi mana tak mendapat petunjuk dari Allah.Begitu mudah kan bagi kita untuk melupakan Pencipta kita begitu je??Tapi ingatlah,Allah tak pernah berasa rugi jika kita lupa pada-Nya tapi kitalah yang rugi..renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment