Aku rindu sama kau....


dulu aku suka ikut bapak ke mana-mana..
dia pergi memancing,aku juga ikut pergi memancing
dia pergi sauk ikan di paya,aku pun turut pergi sauk ikan di paya
dia pergi menjala ikan,udang galah..
aku pun turut ikut pergi menjala..
walau buaya menanti bahaya di depan mata
aku tak peduli,yang aku tahu waktu itu
jarak sukar memisahkan aku dan bapak
ke mana saja langkah kaki bapak pergi
pasti aku turutinya..hingga dia sendiri tak bisa menahan derap kaki aku mengekori jejak langkahnya..

hingga satu hari,bapak mencipta sengketa lalu lahirlah jarak yang memisah
antara aku dan bapak
aku sendiri tak mengerti
mengapa bapak berbuat begitu
ke mana aku hendak melangkah pergi?
bapak berlalu begitu saja,tanpa peduli aku di sini,
yang masih menantinya,untuk dia pegang tanganku dan mengatakan bahawa..
"bersiaplah nak,mari ikut bapak ke sana.."

bapak pergi tanpa berkata apa-apa..
aku bingung....
bapak...bapak...
ke mana kau pergi bapak???
anakmu ini masih menantikan dirimu di pintu..menanti setiap kali bunyi deruman enjin motormu..
aku menunggu kau pulang untuk menyambutmu..bersama kakak di sisi..melihat ke luar jendela..apakah bapak sudah pulang??

tetapi kini...deruman enjin motor tidak lagi kedengaran..malah,motor itu tak lagi berfungsi..
walau kepada diri bapak mahupun kepada diriku sendiri..
aku mengerti..rupanya..bapak ....
yang dulu senyumannya terukir di bibir..
manis sekali..tapi
kini,aku tak dapat melihat lagi senyuman itu..hingga mungkin...
aku masih menantikan kehadirannya..untuk aku tunjukkan kepadanya..

"bapak..bapak...ini aku bawa hadiah buatmu..
anakmu ini sudah berjaya bapak..aku berjaya menyambung lagi pengajianku ke menara gading..dan insyAllah berjaya capai impian yang kau cita-citakan..
bapak..bapak..dengarlah ni bapak..
aku dah berjaya buat emak gembira dengan kejayaanku..
aku tunggu kau bapak..aku nak beri hadiah ni pada kau,bapak.."

:'(
bapak..aku tahu kau dengar ni ..
walau tak dapat aku peluk lagi tubuhmu yang kering..tapi aku rindu sama kau bapak..
rindu lawak jenaka kau..
rindu setiap layanan kau kepada kami,keluargamu..

kini aku sedar..rupanya...
bapak sudah tiada lagi..tapi aku...
aku...aku...
aku masih memeluk bayangmu yang kau tinggalkan buat kami..
sekeluarga..

aku rindu kau bapak..

# kisah malam yang rindukan bulan bintang #

al-fatihah buat bapakku..kini genap 8 tahun lebih dia tiada di sisiku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox
:: PENAFIAN ::
Assalamualaikum..salam kepada para pembaca..Segala yang tercatat dalam blog ini tiada kena mengena dengan insan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan mana-mana isi kandungan daripada blog ini kerana ianya di luar bidang kuasa penulis.Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau kritikan yang berunsur negatif jika pengomen salah memahami isi kandungan blog ini.Apa-apa yang tercatat dalam blog ini mungkin bersifat sementara dan tidak kekal maknanya boleh berubah bila-bila masa saja.Segalanya cuma pandangan penulis dan bersifat sementara !