Ash-Habul Ukhdud





Hari ni aku tak tahu nak taip entri berkenaan apa..so..aku nak kongsi cerita..boleh??boleh la kan..kalo tak boleh pun..aku nak buat jugak jadi sampai boleh..huhuhu ;p
ok lah..cerita ni aku petik daripada cerita sebenar..so..dah cerita ni pun dilabelkan sebagai 'AL-QURAN BERCERITA' kan..so..sememangnya ini yang ingin aku kongsikan..bukan aku yang berkisah..

Kisahnya begini....
Menteri yang diseksa dengan kejam akhirnya terpaksa menunjukkan pemuda yang mengubatinya.Pemuda tersebut pun dibawa ke hadapan raja.Raja bertitah,"Wahai pemuda,sungguh hebat ilmu sihir kamu.Kamu dapat menyembuhkan orang buta,menyembuhkan penghidap kusta dan sungguh besar jasa kamu."Pemuda tersebut menafikan sanjungan raja tersebut dengan berkata,"Saya tidak dapat menyembuhkan sesiapa pun.Sesungguhnya yang menyembuhkan hanyalah Allah,Tuhan saya,Tuhan tuanku dan Tuhan semua umat manusia."

Raja yang sesat itu bertambah murka kerana pemuda tersebut tidak mengiktiraf dia sebagai tuhan.Maka pemuda itu diseksa sehingga dia terpaksa menunjukkan pendeta yang mengajarnya.Maka pendeta tersebut dibawa menghadap raja.

Raja betitah,"Murtadlah wahai pendeta!"Pendeta menolak perintah raja tersebut.Raja memerintahkan supaya dia dihukum bunuh kerana enggan taat kepada perintah raja.Kemudian dihadapkan pula menterinya yang dahulunya buta akan tetapi berkat doa pemuda,dia dapat melihat kembali.Raja juga memerintahnya untuk murtad daripada agama pemuda itu.Tetapi menteri itu juga menolak perintah raja.Dia juga menerima padah dari keimanannya yang tidak berbelah bahagi.Kini tiba giliran si pemuda."Murtadlah kamu daripada agamamu."Si pemuda menolak untuk berbuat demikian.Dia diserahkan kepada para pengawal raja.

Raja bertitah,"Bawa dia ke puncak gunung.Jika dia mahu keluar daripada agamanya,janganlah kamu seksa dia tetapi jika dia menolak,junamkan dia ke jurang yang dalam."Maka berangkatlah mereka membawa si pemuda ke puncak gunung.Dalam perjalanan,si pemuda berdoa,"Ya Allah,Ya Tuhanku,selamatkanlah aku daripada kejahatan mereka dengan cara yang Engkau kehendaki."

Selepas habis berdoa,bergoyanglah gunung yang mereka daki sehingga para pengawal raja jatuh ke dalam jurang dan si pemuda pulang ke istana raja dengan selamatnya,lalau menemui raja.Raja bertanya,"Mana para pengawal?Apa yang berlaku?" Jawab pemuda,"Allah menyelamatkan saya daripada kejahatan mereka." Raja bertambah murka,dia diserahkan kepada para pengawal lain dan bertitah,"Bawa dia dengan perahu ke tengah-tengah lautan jika dia mahu murtad daripada agamanya biarkan dia tetapi jika dia menolak,lemparkan dia ke laut."
Berangkatlah mereka membawa si pemuda itu.Si pemuda berdoa,"Ya Allah,selamatkanlah aku daripada kejahatan mereka dengan cara yang Engkau kehendaki."
Maka terbaliklah perahu mereka sehingga para pengawal tenggelam.
apakah yang berlaku dengan si pemuda itu?adakah dia terselamat?atau adakah dia terbunuh bersama para pengawal?bersambung pada entri akan datang..

IKTIBAR: ALLAH MAHA BERKUASA.APA YANG DIKEHENDAKINYA AKAN TERJADI.ORANG-ORANG YANG BERIMAN KE JALAN-NYA AKAN DILINDUNGI DENGAN KEHENDAK-NYA..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox
:: PENAFIAN ::
Assalamualaikum..salam kepada para pembaca..Segala yang tercatat dalam blog ini tiada kena mengena dengan insan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan mana-mana isi kandungan daripada blog ini kerana ianya di luar bidang kuasa penulis.Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau kritikan yang berunsur negatif jika pengomen salah memahami isi kandungan blog ini.Apa-apa yang tercatat dalam blog ini mungkin bersifat sementara dan tidak kekal maknanya boleh berubah bila-bila masa saja.Segalanya cuma pandangan penulis dan bersifat sementara !