Fadhilat Surah al-Mulk




1) Daripada Abi Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya di dalam al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk (Tabarakal-Lazi)."

2) Daripada Anad Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w. telah bersabda;"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kesuali "Tabarakal-Lazi".Maka apabila dia dimasukkan ke dalam lubang kubur,datanglah kepadanya malaikat.Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu,"Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia,dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati),jadi pergilah menemui Allah S.W.T.. dan mintalah syafaat daripada-Nya.Maka dia pun(surah) menemui Allah S.W.T..Dan berkata;"Wahai Tuhanku,si fulan ini (si mati),dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya,bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya,walhal saya di dalam dadanya.Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabmu.Dan Allah S.W.T. berfirman;"Aku nampak kamu marah."Allah S.W.T. berfirman:"Pergilah,sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya."

Nabi s.a.w. bersabda:"Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan  apa-apa kepada si mati.

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.

Anas berkata:"Apabila Nabi s.a.w. khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun besar ,hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w. menamakan surah ini al-Munjiah:Iaitu yang menyelamatkan." (HR Ibnu Katsir).

Daripada Anas Ibnu Malik berkata:"Rasulullah s.a.w. telah bersabda:Satu surah di dalam al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabarakallazi).(HR at-Tabarani).


~Teringat pulak aku waktu sekolah asrama dulu..selalu baca surah al-Mulk berjemaah dengan rakan-rakan..waaaa...seronoknya..rindu sume tuuu...~

Tazkirah pendek malam Jumaat... ;p
Moh ler baca yek..

Delegasi From Malaysian...
TOK ONE

2 comments:

MiSz AzUmI said...

Subhanallah..btapa bsar keistimewaan surah al-mulk nie..rugi sgt klau x diamalkan...

Zhaf Onez said...

ye umi..btul tu..so amalkan la sblum tdo ayt i..hfal lbih baik ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox
:: PENAFIAN ::
Assalamualaikum..salam kepada para pembaca..Segala yang tercatat dalam blog ini tiada kena mengena dengan insan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan mana-mana isi kandungan daripada blog ini kerana ianya di luar bidang kuasa penulis.Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau kritikan yang berunsur negatif jika pengomen salah memahami isi kandungan blog ini.Apa-apa yang tercatat dalam blog ini mungkin bersifat sementara dan tidak kekal maknanya boleh berubah bila-bila masa saja.Segalanya cuma pandangan penulis dan bersifat sementara !