Seorang ayah menasihati anak lelakinya yang suka marah-marah.Pada suatu hari,anak lelakinya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga yang terletak di sebelah rumah.Setibanya di tepi kandang kuda,si ayah berkata kepada anaknya,"Anakku,jika kamu marah,ketuklah paku itu sekuat hatimu.Buatlah begitu."Semenjak saat itu,apabila si anak berasa marah pada sesiapa pun,dia mengetuk sebatang paku pada pagar kandang kudanya.Mudah baginya melakukan perkara itu.Sebulan kemudian,si anak menunjukkan kepada bapanya dengan rasa bangga paku-paku yang sudah ditanamkannya ke dalam pagar kandang yang kini sudah semakin banyak.
Ayahnya berkata,"Sekarang,sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah serta dapat memohon maaf daripada orang lain,cabut paku-paku itu satu per satu.Buatlah begitu seterusnya!"
Si anak bersetuju tanpa tahu apakah tujuan sebenar si ayah menyusuhnya berbuat begitu.
Sebulan kemudian,si ayah bertanya,"Adakah paku yang ditanam sudah dicabut?"
Dengan tegas,si anak menjawab,"Ada,saya sudah cabut kesemuanya!"
Ayahnya segera mahu melihat hasil kerja si anak lantas menuju ke pagar kandang kudanya.Setibanya di sana,si ayah berkata,"Memang semua paku sudah dicabut,namun ada bekas lubang yang jelas kelihatan."Ini bererti semasa kita memarahi seseorang,ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu.Walaupun kita kemudiannya memohon maaf (iaitu tindakan mencabut kembali paku itu),hal itu tetap meninggalkan parut.
P/S: Kemarahan sememangnya meninggalkan kesan buruk pada emosi,baik bagi pihak yang memarahi mahupun pihak yang dimarahi.Malah,di dalam buku berjudul Emosi yang Mematikan,karya Don Colber,M.D., berkata kemarahan menyebabkan munculnya penyakit-penyakit seperti hipertensi,sakit dalam perut,sakit jantung,tremor dan barah..Namun demikian,tidak ada satu rencana pun yang melarang seseorang marah.Semasa zon selesa seseorang terganggu,maka rasa tidak puas hati muncul.Manifestasi tidak puas hati ini mungkin dilepaskan dalam bentuk kata-kata ataupun tindakan yang melukakan hati seseorang.Luka itu tentu meninggalkan bekas yang tidak mudah dilupakan walaupun sudah saling bersalaman memohon maaf pada hari lebaran.
Kualiti hidup seseorang dapat dilihat pada masa dia menghadapi rasa tidak puas hati itu.Kematangan peribadi seseorang teruji pada masa dia mengalami gelodak emosi atau kemarahan.Semua orang boleh melepaskan rasa marah.Namun,bagaimana cara dan bentuk melempiaskan kemarahan itu berbeza di antara seseorang dengan orang lain..
OK FINE...gambar nih memang tak dak kaitan dengan aku~~
Aku pun pernah alami macam situasi di atas.Kadang-kadang bila kita marah orang tu,kita tak perasaan.Nak buat macam mana kan,dah nafsu amarah tu menguasai diri.Tapi alhamdulilah la tak ada perkataan tak elok yang keluar daripada mulut aku ni..ada insuran lagi maaa...hehehe..Walaupun aku marah,aku tak ada niat pun nak buat sesiapa sakit hati.Cuma nak menegur kesilapan.kadang-kadang kita tegur cara elok,diorang tak makan saman,bila dah tegur cara sedikit lembut,heheh..faham-faham lah kome yek..
Cuma aku tak suka orang cuba untuk mencabar kesabaran aku deh..aku juga manusia biasa yang ada naluri untukk marah.kalau tak ada rasa nak marah tu,hati kerig je memanjang..bukanlah namanya manusia normal tu..hahahha..apa-apa pon..cau cincau dulu lah..aku nak siapkan kerja aku dulu..terima kasih kepada yang sudi membaca dan singgah walaupun sekejap di blog aku yang serba "daif " sangat nih..Assalamualaikum
Cuma aku tak suka orang cuba untuk mencabar kesabaran aku deh..aku juga manusia biasa yang ada naluri untukk marah.kalau tak ada rasa nak marah tu,hati kerig je memanjang..bukanlah namanya manusia normal tu..hahahha..apa-apa pon..cau cincau dulu lah..aku nak siapkan kerja aku dulu..terima kasih kepada yang sudi membaca dan singgah walaupun sekejap di blog aku yang serba "daif " sangat nih..Assalamualaikum
IKLAN SELIPAR JEPUN
Selipar jepun aku dah 'daif' , ada sesaper nak buat amal jariah ??mai lah,masukkan dalam tabung 'sukacita' aku..TQ.
No comments:
Post a Comment