TIDAK ADA DAKWAH TANPA KESABARAN



Ketika Rasulullah s.a.w. diusir dari Taif dengan balingan batu dan kata-kata penghinaan,Baginda telah berlindung di sebalik tembok milik Shaibah dan 'Utbah,anak Rabi'ah.Simpati dengan keadaan Rasulullah,mereka mengutus hamba mereka bernama Iddas untuk memberikan segugus anggur kepada Baginda.

Apabila Iddas meletakkan anggur di tangan Baginda,Rasulullah terus menyebut kalimah 'Bismillah' sebelum memakannya.Iddas yang kehairanan dengan perkataan itu telah berkata:"Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini".

Kemudian Rasulullah berkata:"Saudara dari negeri mana dan apa pula agama pegangan saudara?"
Iddas menjawab,;"Saya beragama Nasrani dan dari kampung Ninawa."

Rasulullah terus menebarkan jaring dakwahnya:"Dari kampung lelaki soleh iaitu Yunus bin Matta?Baginda adalah saudara saya.Baginda ialah nabi dan saya juga Nabi."
Lalu Iddas memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan kedua-dua kakinya.

Ajaibnya kerja dakwah.Ada manusia yang boleh tersentuh dan beriman kepada Allah dalam tempoh yang begitu singkat.Ada manusia yang memerlukan masa yang lebih panjang.

Allah yang memiliki semua hati makhluk-Nya dan memilih sesiapa yang Dia kehendaki untuk berimah.

Tanggungjawab kita hanyalah bekerja dan terus menyebarkan agama Allah serta memanfaatkan segala kesempatan yang ada.Berkemungkinan,berdasarkan usaha dakwah kita itu,mad'u akan menimbangkannya dan memberikan kesan di hatinya,biarpun bukan sekarang.
Kerja dakwah tidak boleh mengharapkan kesan serta-merta.Apa yang penting,kita perlu membuatkan komuniti non-muslim ini memahami isi ajaran Islam secara tepat dan jelas.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox
:: PENAFIAN ::
Assalamualaikum..salam kepada para pembaca..Segala yang tercatat dalam blog ini tiada kena mengena dengan insan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan mana-mana isi kandungan daripada blog ini kerana ianya di luar bidang kuasa penulis.Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau kritikan yang berunsur negatif jika pengomen salah memahami isi kandungan blog ini.Apa-apa yang tercatat dalam blog ini mungkin bersifat sementara dan tidak kekal maknanya boleh berubah bila-bila masa saja.Segalanya cuma pandangan penulis dan bersifat sementara !