Kata-kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi


dah lama rasanya tak update blog ni..al maklumlah sibuk..huhu..

tapi hari ni nak share satu media nih..jom tengok







Neraka Lapar Mangsa



Firman Allah s.w.t, “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu.” (al-Baqarah 2:24)
Demikianlah firman Allah s.w.t member pengkhabaran mengenai neraka agar manusia meninggalkan amalan dan sikap yang mengundang kemurkaan-Nya.

Apakah sifat neraka?
Neraka itu api.Api sifatnya membakar sebagaimana api yang kita ambil manfaatnya di dunia.Nisbah kepanasan api di dunia sangat kecil iaitu 1/70 kali berbanding nisbah kepanasan api neraka di akhirat.dengan jumlah kepanasan api yang terlalu kecil itulah kita manfaatkannya untuk memasak,menjadikan cahaya dan memanaskan tubuh badan.Tetapi kalau kepanasan api itu berskala besar,pasti ia akan membawa bahasaya dan petaka yang memusnahkan.
Firman Allah s.w.t: “Tidakkah engkau melihat api yang kamu nyalakan,kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan kegunaan bagi manusia.” (Al-Waqi’ah 56:71-73)

Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimah ‘peringatan’ ini dengan berkata: “Maknanya,api dunia ini sebagai peringatan bagai api akhirat yang paling besar.”
Imam al-Zamakhsyari,dalam Tafsir al-Kasyaf,mengungkapkan kata-kata yang sangat indah, “Allah menggantungkan sebab-sebab kehidupan dengan api ,juga membuat seluruh manusia memerlukannya,agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Allah s.w.t”.

Ancaman api neraka itu untuk siapa?
Jawapannya:Kepada orang yang suka bermain dengan dosa.dosa-dosa kecil jangan dipandang remeh kerana apabila terhimpun ia menjadi banyak dan boleh membawa kepada dosa besar.Kesannya boleh menjerumuskan diri ke neraka.
Lihatlah api yang terhasil daripada gunung berapi,asalnya letusan dan asap kecil di dalam bumi tetapi membuak apabila kepanasan api meledak sehingga memusnahkan makhluk di sekelilingnya.

Di dunia ini apakah benda yang lebih panas?
Jawapannya: Matahari,bebola api yang menyala-nyala di bawah langit dunia.Ia memiliki kepanasan yang mencapai kira-kira 6,000 °C,sementara suhu di pusatnya anggaran 15,000,000 °C.Setiap batuan atau logam apa pun yang mendekati matahari pasti lebur.Itupun kepanasan matahari telah Allah sejukkan bersesuaian dengan suhu dunia berbanding kepamasam di neraka.

Bayangkanlah betapa dashyatnya suhu panas api neraka,70 kali ganda berbanding kepanasan di dunia ini.Manusia yang diseksa di dalam api neraka akan hancur serta akan melecur dan hangus serta seluruh daging-daging.Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka,Allah gantikan dengan kulit yang baru agar mereka terus merasai azab selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanya sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam”.
Sahabat Baginda berkata: “Demi Allah!Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa.” Baginda bersabda: “Meskipun demikian,kepanasan Neraka Jahanam ditambah lagi melebihi kepanasan api di dunia sebanyak 69 bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini.”(Riwayat Bukhari,Muslim dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Siapakah yang mampu bertahan dengan kepanasan neraka?
Jawapannya:Tiada seorang pun yang mampu melawan kepanasan ciptaan Allah ini.Sebab itulah Allah s.w.t memerintahkan kita supaya memelihara diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka dengan bersungguh-seungguh menghayati iman dan Islam di dalam kehidupan agar tidak menjadi bahan bakaran api neraka.

Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman,jagalah diri kalian dan keluarga kalian daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,yang keras,yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim 66:6)

Apakah bahan bakar api neraka?
Jawapan:Bahan bakar neraka terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
1)      Berhala yang disembah
Berhala yang diperbuat daripada batu dan seumpamanya.Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah,kamu pasti masuk ke dalamnya.” (Al-Anbiya’ 21:98)

Setiap ahli neraka daripada kalangan manusia atau pun jin dihumbankan ke neraka,apinya menjadi semakin galak membesar.Gemuruh suara azab neraka semakin mengerikan.Api batu berhala yang sudah sangat panas itu menjadi semakin panas.Belum pernah terbayang atau terdetik sedikitpun di hati manusia mengenai dashyat dan panasnya api neraka itu.

2)      Batu asli neraka
Batu yang memang disediakan khusus untuk menjadi bahan bakar neraka.
Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas mengatakan, “Batu itu daripada jenis belerang.Allah menciptakannya sebelum penciptaan langit dan bumi.Lalu meletakkan di langit dunia,yang disediakan untuk orang kafir.”

Mengapa belerang?
Jawapannya:Panas belerang melebihi kepanasan batu lain sebagaimana yang dikatakan oleh kebanyakan ahli tafsir.Ibnu Rajab dalam kitabnya At-Takhwif Minan Nar mengatakan “Kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahawa batu daripada jenis belerang memiliki 5 kali ganda kelebihan iaitu cepat menyala,bau yang sangat menusuk,pekat asapnya,sangat lekat di badan jika terkena pada badan dan kekuatan kepanasannya yang luar biasa.”

Setiap kali ditanya Allah apakah ia sudah penuh?Apakah jawapan neraka?
Jawapannya:Firman Allah s.w.t: “Apakah ada tambahan?” (Qaf 50:30).
Tahukah kita bahawa menyeksa orang yang derhaka,menghanguskan mereka yang berani engkar kepada pencipta-Nya adalah kesukaan neraka.Sama-samalah kita berdoa memohon kepada Allah s.w.t supaya kita dan ahli keluarga dijauhkan dari neraka.

Aku berkata: Sungguh bergetar jiwa saat aku membaca dan menaip artikel ini..




Berbekam & Fakta Mengenainya





Jenis Bekam

Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.



Waktu Berbekam

- Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

- Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.



Alat Bekam

1. Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
2. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.



Larangan Berbekam

- Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

- Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.



Kebaikan Berbekam

1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


~Alat bekam~



Sumber :Penerangan
Sumber gambar : Uncle Google



Inilah Suami ‘Ainul Mardiyah’


~sekadar gambar hiasan~


Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al-Yafi’i,Syeikh Abdul Wahid bin Zahid menceritakan,suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat ke medan perang,aku meinta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat.

Seorang lelaki tampil sambil membaca ayat surah at-Taubah,ayat 111,firman Allah s.w.t “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang Mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”

Selesai ayat itu dibaca,seorang anak muda yang berusia sekitar 15 tahun bangkit dari tempat duduknya.Ia mendapat harta warisan cukup besar daripada ayahnya yang telah meninggal.Dia berkata: “Wahai Abdul Wahid,benarkah Allah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan syurga untuk mereka?”

“Ya benar,anak muda,” kata Abdul Wahid.Anak muda itu melanjutkan kata-kata, “Kalau begitu saksikanlah,bahawa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual untuk syurga.”
Anak mudah itu kelihatan mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan.Hanya kuda dan pedangnya saja yang tinggal.Apabila sampai waktu bergerak ke medan perang,pemuda itu dating lebih awal.Dialah orang yang pertama aku lihat.Dalam perjalanan ke medan perang aku perhatikan siang hari dia berpuasa dan malam hari dia bangun untuk beribadah.Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami semasa sedang tidur.

Sewaktu sampai di daerah Rom dan kami sedang mengatur siasah pertempuran,tiba-tiba remaja ini maju ke depan medan dan berteriak, “Betapa aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardiyah,” Kami menduga dia mulai ragu dan fikirannya kacau.Aku dekatinya dan aku tanyakan, “Siapakah Ainul Mardiyah itu?”
Ia menjawab, “Tadi sewaktu aku sedang mengantuk,tiba-tiba aku bermimpi.Seseorang dating kepadaku seraya berkata, ‘Pergilah kepada Ainul Mardiyah.”Dia juga mengajakku memasuki taman yang dibawahnya terdapat sungai yang jernih airnya dan di pinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah.Apabila melihat kedatanganku,mereka bergembira seraya berkata, “Inilah suami Ainul Mardiyah.....”

‘Assalamualaikum,’kataku kepada mereka. ‘Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardiyah?’Mereka menjawab salamku dan berkata, ‘Tidak,kami ini adalah pembantunya.Teruskanlah langkahmu.’Beberapa kali aku sampai di taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik,tapi jawapan mereka sama,mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.
Akhirnya aku sampai di sebuah khemah yang diperbuat daripada mutiara berwarna putih.Di pintu khemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil penghuni di dalam khemah, ‘Hai Ainul Mardiyah,ini suamimu datang...’

Ketika aku dipersilakan masuk aku lihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut.Waktu aku mendekat,dia berkata, ‘Bersabarlah,kamu belum diizinkan lebih dekat kepadaku kerana roh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu’.

Anak muda itu melanjutkan kisah mimpinya, ‘Lalu aku terbangun,wahai Abdul Wahid.Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama.’
Belum selesai percakapan kami,tiba-tiba sekelompk pasukan musuh menyerbu kami.Pemuda itu segera bangkit dan bertempur dengan mereka.Selesai pertempuran itu,aku melihat tubuh anak muda itu penuh luka dan berlumuran darah.Ia nampak tersenyum gembira,penuh kebahagiaan sehinggalah rohnya terpisah daripada jasad.

Sumber dan adaptasi :Kitab Irsyadul Ibad ila Sabil Ar Rasyad

#Masih adakah pemuda seperti anak muda ini pada zaman kita???



Zhafwan



Sejarah Cokelat..




chocolate has a high reputation. Foods or beverages made from brown seeds the admiration of many people, not just because it delicious, but also a plus that it has in improving mood and affect the appearance of a surge of love.

Cocoa tree, whose fruits contain seeds that can be processed into a snack of chocolate, was first discovered 2,000 years ago in American tropical forests. Meanwhile, the Mayans are the first people who eat chocolate (250-900 BC). They mix the brown seeds with various seasonings to make a drink that is believed efficacious.

For the Mayans, chocolate is a symbol of life and fertility. Therefore, brown fruit is often also present in religious rituals, including weddings and believed to be the food of the gods.

In the region of Central Mexico, the Aztecs believed, people who ate beans from cocoa trees will gain wisdom and strength. They also believe chocolate contains nutrients that are good for health and have the benefits of an aphrodisiac. Aztec king Montezuma even have a habit of drinking chocolate every day to increase libido.

Chocolate was brought to Europe began in 1519 after Montezuma offers a spicy drink to the Spanish travelers, Cortez, and his army. Cortez then brought cocoa to Spain and has been popularized. However, over the centuries chocolate beverage known as the nobles.

Chocolate’s reputation as an aphrodisiac food is very popular among the French nobility. Nuances of erotic art and literature inspired by the content of many chocolate. Casanova, travelers from Italy, better known as the conqueror of women, we are told is always eating chocolate before sex. Linkage chocolate with passion plant continues to survive until today.

Then, since when chocolate is identical to the celebration of love on Valentine’s Day? The literature mentions, since the 17th century, the pair have started to give gifts on Valentine’s Day and something sweet often used as an option. New in 1868, Richard Cadbury introduced the box of chocolates as a Valentine gift.

Source : http://health.kompas.com


ZHAFWAN

Mudahkan,Jangan Eksklusifkan..




AMAT memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut:“Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua.” 

Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan.

Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira latar kehidupan dan pendidikan.

Memang, mudah-mudahkan agama dalam erti kata melaksanakannya dalam keadaan yang cuai dan tidak menepati kehendak nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih adalah kesalahan dalam agama. Namun begitu, menjadikan agama begitu payah dan sukar hingga melampaui batasan yang diperuntukkan oleh nas-nas agama juga salah.

Firman Allah: (maksudnya): Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157)

Firman Allah lagi: (maksudnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185).

Firman Allah juga: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.(Surah al-Nisaa’: 28).

Saya tidak ingin membicarakan tentang golongan yang cuai terhadap agama yang telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz kita. Semoga Allah memberikan pahala untuk mereka. Saya bicarakan tentang sikap sesetengah pihak yang cuba menonjolkan Islam seakan ia agama yang begitu sukar untuk dihayati dan seakan tidak akan sampai ke dataran Islam ini melainkan beberapa kerat manusia sahaja. Maka hukum-hakam yang mereka ajar kelihatan begitu susah untuk difahami, apatah lagi untuk dihayati.

Lihat sahajalah, haji yang hanya beberapa hari untuk ditunaikan, tetapi kursus yang dibuat berbulan-bulan. Ia diajar dengan cara yang sukar disebabkan pelbagai faktor. Salah satunya; tokok tambah ajaran agama yang menyebabkan orang awam sentiasa keliru dan tidak mampu kerana terpaksa menghafal berbagai-bagai ayat dan peraturan yang sebahagian besarnya tidak pernah diajar pun oleh hadis-hadis Nabi s.a.w. yang sahih.

Ini seperti menetapkan pelbagai bacaan khas bagi setiap pusingan tawaf. Lalu mereka buat bisnes pula bagi yang tidak mampu menghafal dengan menjual buku atau alatan tertentu. Demikian juga kecenderungan sebahagian pengajar hukum-hakam syarak menjatuhkan hukuman haram dan batal amalan seperti terbatal akad nikah hanya kerana terputus nafas, terbatal solat kerana pergerakan lebih dari tiga kali, terbatal puasa kerana berenang dalam kolam dan seumpamanya. Sedangkan nas-nas al-Quran dan al-sunah tidak menyatakan demikian.

Kecenderungan

Di samping itu kecenderungan memperincikan perkara yang tidak perlu sehingga ramai yang keliru. Umpamanya syarat niat yang bukan-bukan sehingga ada buku menetapkan puluhan syarat niat. Bukannya menjadikan orang faham maksud niat, sebaliknya bertambah kabur.

Padahal setiap aktiviti insan secara sedar mempunyai niat. Maka dengan itu kita katakan ‘membunuh dengan niat’, sekalipun si pembunuh tidak melafazkannya secara lisan ketika hendak membunuh atau menghafal syarat niat. Malangnya, akibat salah ajaran, seseorang berulang kali bertakbir dalam solatnya, kononnya belum masuk niat.

Padahal, jika dia tidak berniat solat, bagaimana mungkin dia boleh berada di saf untuk solat? Demikian juga mendetilkan tentang jenis-jenis air dalam berwuduk berbulan perbahasannya sedangkan solat diperlukan lima kali sehari. Inilah yang menyebabkan ada yang baru masuk Islam tidak solat berbulan kerana bab wuduk belum habis dibincang.

Pendekatan ini menyebabkan Islam menjadi eksklusif seakan hanya untuk sekelompok manusia sahaja. Sementara selain mereka hanyalah manusia yang terpaksa bertaklid buta disebabkan kononnya tidak mampu untuk memahami apa sahaja hal ehwal agama ini kerana akal mereka tidak kesampaian. Sebenarnya, bukan tidak kesampaian, tetapi pendekatan pengajaran yang telah melanggar garis panduan Nabi s.a.w. lantas menyanggahi logik insan.

Hal ini berbeza dengan arahan baginda s.a.w. Sabda baginda: Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka.(Riwayat al-Bukhari).

Pendekatan Nabi s.a.w. adalah pendekatan mudah yang membolehkan sebanyak mungkin manusia merasai kebersamaan mereka dalam Islam ini. Antaranya baginda mengkritik imam yang memanjangkan solatnya, tanpa meraikan keadaan makmum yang pelbagai di belakangnya. Baginda bersabda: Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam pengajian akidah. Sesetengah perbincangan akidah dipengaruhi falsafah lama yang kadang-kala tidak membawa kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan.

Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti falsafah-falsafah yang memeningkan. Keletihanlah anak-anak muda untuk memahaminya. Bahkan kadangkala guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan dia akan berkata: “Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya…”

Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.

Akidah Islam adalah yang bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlah konsep akidahnya, tidak perlu menyukarkan.

Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara paling mudah dan senang untuk difahami. Ini kerana memahami akidah satu kemestian termasuk yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan terpelajar dan cerdik pandai. Maka tidak hairanlah pada zaman Nabi s.a.w., para perwakilan yang datang mengambil dari baginda dalam beberapa ketika sahaja, namun mampu mengislamkan keseluruhan kabilahnya. Sebab, konsep yang jelas dan mudah.

Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah… Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka.” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991). Sebab itu – barangkali – dakwah kepada akidah Islam di tempat kita tidak subur. Sebaliknya cerita keluar Islam yang disuburkan.

Proses pemulihan akidah pun dalam banyak rekodnya adalah gagal. Ini kerana kita banyak berfalsafah dari membahaskan akidah berdasarkan al-Quran dan al-sunah. Maka bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbang jiwa dan akal secara fitrah, bukan falsafah yang menyusahkan.

Ramai orang muda atau profesional yang menghadiri kelas-kelas pengajian saya. Saya katakan kepada mereka hadirlah dengan kebiasaan anda dan fahamilah apa yang hendak disampaikan. Anda tidak diwajibkan berkopiah, atau berjubah. Pakailah apa sahaja yang anda selesa. Bukan syarat masuk ke masjid mesti berketayap.

Memahami

Jangan kita letakkan syarat hendak memahami agama ini yang bukan-bukan. Nanti ramai yang tidak sampai maklumat Islam kepadanya. Atau akan menjadi peraturan yang dianggap agama, akhirnya diwajibkan secara tidak sedar. Lihat saja sebahagian wanita muslimah kita. Mereka sekalipun telah menutup aurat, namun jika tidak memakai telekung mereka rasa sukar untuk solat. Bahkan ada yang rasa tidak boleh bersolat tanpa telekung. Padahal telekung itu, hanyalah budaya Asia Tenggara. Solatlah dengan pakaian anda selagi menutup aurat.

Demikian sebahagian buku atau filem menggambarkan seorang soleh dalam rupa yang sempit. Digambarkan insan yang beramal dengan Islam itu terpaksa mengasingkan hidupnya dan beruniform berbeza dengan orang lain. Ini seperti apabila ditonjolkan watak orang soleh ialah lelaki yang berserban, tangan memegang tasbih sentiasa, tidak bergaul dengan manusia biasa, sebaliknya hanya berjalan sendirian. Itulah wali kononnya. Adakah Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berwatak demikian sehingga kita jadikan itu ciri-ciri orang soleh? Tidakkah berjalan dengan sentiasa memegang tasbih lebih menampakkan ciri-ciri riak dalam amalan?

Sebab itu al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) mengkritik sebahagian dari sikap ini dengan menyatakan: “Di kalangan golongan zuhhad (golongan sufi) ada mereka yang memakai baju yang koyak tidak dijahit dan membiarkan serban dan janggutnya tidak berurus untuk menunjukkan dia tidak mementing dunia. Ini sebahagian dari riak (menunjuk-nunjuk).” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 179-180, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Lebih buruk lagi, penonjolan watak yang seperti itu menjadikan Islam tidak praktikal untuk semua manusia, sebaliknya hanya untuk beberapa kerat manusia ajaib sahaja.

Demikian juga, kadangkala buku-buku kerohanian menggambarkan untuk mendekatkan diri kepada Allah begitu sukar sehingga seakan tidak akan dicapai oleh manusia biasa. Pengamal Islam itu seakan manusia maksum seperti malaikat. Bebas dari urusan dunia. Ini boleh mematahkan semangat orang awam dari menghayati Islam. Padahal Nabi s.a.w. dan para sahabat tidak demikian rupa kehidupan mereka.

Sehingga Dr. Yusuf al-Qaradawi mengkritik beberapa pandangan al-Imam al-Ghazali r.h dengan katanya: “Apa yang dapat difahami dari himpunan kitab-kitab sufi al-Ghazali yang mengandungi pengaruh kezuhudan yang kuat – sekalipun secara tidak langsung – bahawa insan contoh di sisi al- Ghazali dan golongan sufi secara amnya bukanlah insan yang dikenali oleh para sahabah r.a, yang difahami dari al-Quran, sunah dan sirah.

“Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan roh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmati nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah s.w.t, antara beribadat dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezeki-Nya, yang bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, al-Imam al-Ghazali: Baina Madihih wa Naqidih, m.s 164, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Apabila ada wartawan bertanya tentang; adakah ubat tertentu haram kerana kononnya ada najis tertentu, saya jawab: “Begitulah kita berterusan, jika asyik mencari perkara untuk dihukum haram sedangkan dalam masa kita tidak berusaha menjadi pengeluar. Maka sempitlah umat ini dengan keputusan-keputusan haram dalam banyak perkara.

“Sebelum menjawab saya ingin kata: Kita semua hidup dalam keadaan haram kerana selalu bergantung kepada orang lain dan tidak menunaikan fardu kifayah memerdekakan umat. Sehingga akhirnya masyarakat dunia kata; kita hanyalah umat yang tahu mengharamkan, bukan menghasilkan produk untuk kebaikan manusia.”

Dalam usaha menarik semua lapisan mendekati Islam, marilah kita mempersembahkan kepada masyarakat, Islam yang mudah dan praktikal sepertimana wajahnya pada zaman teragungnya iaitu era Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda.

Jika tidak, agama ini akan menjadi begitu eksklusif hanya untuk kelompok tertentu sahaja dan ditinggalkan lautan umat yang dalam kesesakan.


Sumber : Dr. MAZA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Open Cbox
:: PENAFIAN ::
Assalamualaikum..salam kepada para pembaca..Segala yang tercatat dalam blog ini tiada kena mengena dengan insan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan mana-mana isi kandungan daripada blog ini kerana ianya di luar bidang kuasa penulis.Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen atau kritikan yang berunsur negatif jika pengomen salah memahami isi kandungan blog ini.Apa-apa yang tercatat dalam blog ini mungkin bersifat sementara dan tidak kekal maknanya boleh berubah bila-bila masa saja.Segalanya cuma pandangan penulis dan bersifat sementara !